Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Beberapa jam lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2013.. Betapa pantasnya masa berlalu. Ikhappy rasa macam baru lagi Ikhappy melalui tahun 2012. Tahun 2012 meninggalkan pelbagai kisah suka, gembira, duka, sedih, kecewa buat Ikhappy. Antara peristiwa yang Ikhappy tak dapat lupa kan adalah kejadian pecah rumah pada 30 Dis 2012 jam 11malam.. Tak sangka pulak Ikhappy, ada juga yang pecah masuk rumah Parent Ikhappy.. Syukur, Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera.. Cuma yang hilang adalah sikit barang perhiasan mak Ikhappy. Yang peliknya orang yang pecah masuk rumah Ikhappy ini, hanya target untuk mendapatkan barangan perhiasan wanita dan wang.. Adohai,.. Jelas sangat dia orang tuh tak ada duit. hahaha...

Penghujung tahun 2012, Ikhappy menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang tahun 2012 jika sepanjang Ikhappy menjadi blogger. Buat haters, terima kasih ats segala komen anda semoga dengan komen anda tersebut Ikhappy dapat  memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca. :D


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hyep semua.. Lama sudah Ikhappy tidak meng'update' blog ini..  Pelbagai peristiwa suka dan duka telah berlaku pada Ikhappy tak kira sama ada peristiwa itu baik atau buruk buat Ikhappy...

Antara yang best nyer Result PSPM 1, Ikhappy sudah dapat.. Alhamdulillah, Result itu memuaskan buat Ikhappy.. Rakan seperjuangan di KM Pahang juga bagus2 belaka.. Sekarang Ikhappy dah memulakan Semester 2 di KM Pahang. Alhamdulillah, permulaan Semester 2 ini baik buat Ikhappy... Ujian Pertengahan Semester pula akan Ikhappy hadapinya pada penghujung bulan Januari nanti.. Takut pula rasa apabila mengingatkan perkara ini, hihi..

Sebelum Ikhappy update blog ini, Ikhappy ada membaca komen dari guest blog ini yang ada menyatakan yang dia kurang suka dengan blog ini. Ikhappy tidak gusar akan perkara ini, sebab perkara ini lah akan menaikkan lagi semangat Ikhappy untuk terus menjadi hamba Allah yang cemerlang..

Ikhappy memohon maaf atas segala kekurangan blog dan diri Ikhappy.. Ikhappy seorang yang lemah dan tidak sempurna.. Setakat ini sahaja post kali ini. Sekian, Terima Kasih kerana sudi singgah blog ini.. Assalamualaikum..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,..
Hyep semua... Apa khabar? Hari ini Ikhappy nak story sedikit tentang hati dan perasaan kita, its mean LOVE.. Mungkin kita semua pernah suka kat someone tapi kita tak berani nak kata kat dia yang kita suka dia... Mungkin juga kita mudah jatuh cinta kat someone tapi dalam masa yang sama kita sudah bercinta... Itulah ragam perasaan... Bagi lelaki kebiasaannya, mereka nak seorang perempuan yang cantik, peramah, pandai ambil hati dia dan macam-macam lagi lah.. Namun, bagi seorang perempuan, mereka mahukan seorang lelaki yang berbadan sasa, hansome, romantik, wara' dan macam-macam lagi bergantung kepada kehendak mereka.. Namun adakah kita sedar bahawa Mencintai itu lebih rumit dari Menyayangi...

First, Ikhappy nak huraikan dahulu apakah itu Menyayangi dan Mencintai....
Menyayangi menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "berasa sayang akan" atau juga bersinonim dengan "kasih". Mencintai pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud "menaruh cinta".. Berdasarkan maksud ini pun, kita dah boleh tahu yang Mencintai itu lebih sukar dari Menyayangi.

Mungkin kita tak sedar bahawa kita sering menggunakan istilah dengan salah.. Kita tak boleh Mencintai sesorang jikalau kita tidak menyayanginya terlebih dahulu... Sebelum itu, perkataan suka pula lebih menggambarkan perasaan gembira akan sesuatu...

Ehhh... apa yang Ikhappy Mengarut ini kan... Buat post tak de kena mengena lansung.. huhu... Sorilah reader-reader sekalian... hihi... Ikhappy saja je buat post macam ini nak tarik ramai yang singgah blog ini... huhu...

Okelah, Ikhappy rasa sampai sini dahulu post kali ini... Sekian, Terima Kasih sebab sudi membaca... Sayang korang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama sudah tidak meng'update' blog ini... Alhamdulillah, akhirnya setelah seminggu raya dapat juga Ikhappy update blog ini bersawang ini... Cuti raya ini pelbagai cerita yang melanda diri Ikhappy.. Ada yang sedih, gembira, excited, and macam-macam lagi lah..

First, Ikhappy nak cerita seminggu sebelum raya...  11/8/2012 (Sabtu), buat pertama kalinya Ikhappy beli baju raya tanpa parent, Ikhappy pergi beli dengan adik je.. Ada rasa sedih sikit, sebab parent suruh beli sendiri. Selama ini Ikhappy beli baju raya dengan Family, tapi tak pelahkan yang penting Ikhappy dapat baju raya yang cantik, murah pulak tuh... Best giler rasa... 14/8/2012 and 15/8/2012, Ikhappy melawat sekolah lama (SMK Paloh Hinai, Pekan).. Gempak kot... Masuk-masuk tengok sekolah dah berubah, uuhhh.. cepat giler berubah.. Oppss lupe pulak ikut TRANSFORMASI negaralah katakan.. haha... tapi xkisahlah... Ikhappy pergi ke sana sebab saja nak borak-borak dengan cikgu.. Untung giler rasa sebab dapat duit raya... 2 hari tuh Ikhappy dapat RM40 duit raya.,... Best2...

Sekarang ini cerita sehari sebelum raya.. Suasana rumah?? Jangan cakaplah kan, meriah giler... Dengan suara anak-anak saudaranya, riuh rendah nak masak ketupat, lemang and rendang... Meriah-meriah... Malam raya tuh kami semua bersiap untuk raya... Kami masa tuh tido awal sikit dalam pukul 1-2 pagi sebab takot mengantuk kan.... Memang bestlah raya tahun ini sebab semua adik beradik beraya kat rumah....

Raya pertama, lepas solat hari raya Aidilfitri, kami satu family makan sama-sama then bersiap-siap untuk sesi bermaaf-maafan... Takut plak rasa time ini sebab Ikhappy banyak buat salah... Tapi time tuh Ikhappy buat relax je... haha... Mula-mula start dari Along... Lepas sorang-sorang, kini tiba giliran Ikhappy... First, mintak maaf dengan abah then emak pastu baru dengan adik beradik yang lain. Masa sesi tuh, kami sempat lagi snap.. haha... ohhseemm kan.. huhu..

My Parent: Mahmad Redzuan Zainabidin&Meziah Mad Rezali

My Family

... 

Pict abang ambik masa cium abah
Family Along

Family Angah
Family Ateh

with akak kesayangan (Anem)




syok bergambar

Itulah sebahagian pict yang kami snap semasa raya pertama... Ikhappy rasa setakat sini dulu post kali ini.. Semoga berjumpa di lain post...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu...

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Sumber:
www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar

Semoga hidup kita semua diredhai oleh Allah SWT.. Amin...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum... Alhamdulillah, kita kepada illahi kerana kita diberikan lagi untuk hidup... Alhamdulillah tak disedari sudah seminggu kita semua menjalani ibadah berpuasa...

Kali ini, Ikhappy nak share sikit ilmu buat semua.. Harap kita sama-sama menjadi muslim or muslimat yang sejati...

IBADAH Puasa  
Tajuk :
Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

 
Huraian Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT..

Sumber; http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=215

Sekian dahulu post kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding daripada Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.


Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul ‘lhya Ulurniddin’
menyebut:
“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Puasa al-umum ialah me-nahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihata, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakalapuasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dariAllah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran
 memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-zulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari
apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir daripada
sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
 
Berikut adalah keistimewaan-keistimewaan yang disebutkan dalam berbagai ayat dan hadits. Semoga dengan mengetahui hal ini, kita akan semakin semangat di bulan Ramadhan. Hanya Allah yang beri taufik.


1. Ramadhan adalah Bulan Diturunkannya Al Qur’an

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih  sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini pula Al Qur’an diturunkan. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (QS. Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir rahimahullah tatkala menafsirkan ayat yang mulia ini mengatakan, ”(Dalam ayat ini) Allah Ta’ala memuji bulan puasa –yaitu bulan Ramadhan- dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian karena bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya Al Qur’an dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pula pada bulan Ramadhan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’alaihimus salam.”[1]
 
2. Setan-setan Dibelenggu, Pintu-pintu Neraka Ditutup dan Pintu-pintu Surga Dibuka Ketika Ramadhan Tiba

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu.”[2]

Al Qodhi ‘Iyadh mengatakan, “Hadits di atas dapat bermakna, terbukanya pintu surga dan tertutupnya pintu Jahannam dan terbelenggunya setan-setan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan mulianya bulan tersebut.” Lanjut Al Qodhi ‘Iyadh, “Juga dapat bermakna terbukanya pintu surga karena Allah memudahkan berbagai ketaatan pada hamba-Nya di bulan Ramadhan seperti puasa dan shalat malam. Hal ini berbeda dengan bulan-bulan lainnya. Di bulan Ramadhan, orang akan lebih sibuk melakukan kebaikan daripada melakukan hal maksiat. Inilah sebab mereka dapat memasuki surga dan pintunya. Sedangkan tertutupnya pintu neraka dan terbelenggunya setan, inilah yang mengakibatkan seseorang mudah menjauhi maksiat ketika itu.” [3]
 
3. Terdapat Malam yang Penuh Kemuliaan dan Keberkatan

Pada bulan ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan yaitu lailatul qadar (malam kemuliaan). Pada malam inilah –yaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan- saat diturunkannya Al Qur’anul Karim.
Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al Qadr: 1-3).

Dan Allah Ta’ala juga berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (QS. Ad Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkahi di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari rahimahullah[4]. Inilah yang menjadi pendapat mayoritas ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.[5]
 
4. Bulan Ramadhan adalah Salah Satu Waktu Dikabulkannya Do’a

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ
Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.”[6]

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizholimi”.[7] An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Hadits ini menunjukkan bahwa disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk berdo’a dari awal ia berpuasa hingga akhirnya karena ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu.”[8] An Nawawi rahimahullah mengatakan pula, “Disunnahkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdo’a demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya.”[9]

Semoga sajian ini bermanfaat buat kita semua...

SUMBER:
1-http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/ppr.pdf
2-http://rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2644-semangat-di-bulan-ramadhan.html

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Lamanyer lah Ikhappy tak update blog neyh... Dah bersawang dah an.... errrmm..,.
Actually, Ikhappy sambung belajar tuh yang lama tak update blog tuh... Dari minggu orentasi hari tu, Ikhappy selalu balik petang.. Pukul 5 petang baru sampai rumah... Penat kot... Pagi-pagi pergi sekolah pukul 6.30... uhhh... apa nak buatkan.. Sabar jelah kan... Kata nak belajar... OoPpppss... Lupe nak bagitahu, Ikhappy masuk sekolah semula... Form6 kat UniAHMAD, Pekan.... hihi... Best belajar kat sini... Ramai kawan-kawan dari sekolah lama... Kawan-kawan baru pun Ikhappy dapat guk.... Awek???? hahaha... no comment..

Sekarang neyh kan musim cuti,,, So, adalah masa sikit untuk Ikhappy update blog nih... Tapi cuti pon Ikhappy dah kena buat assignment... Alhamdulillah dah siap... Syukur!! Musim cuti best sangat sebab kesemua anak saudara balik rumah.... Riuh-rendah jadi rumah... Macam-macam peragai budak-budak neyh.. Kadang-kadang terasa penat pun ada guk... huhu... Tapi seronok!!

Insyaallah nanti Ikhappy akan upload gambar-gambar sepanjang cuti ini.. Kalau rajin singgah-singgah lah FB Ikhappy (PutMe InTo RightDirection)... Ok lah... Ikhappy rasa sampai sini dulu post buat kali ini...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
CiNTa, CheNta, CHita...
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi kenapa Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah namanya CINTA..



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita seharusnya mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta yang sejati adalah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni adalah kasih ibubapa kepada anak-anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih kawan masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cinta mereka disambut oleh para pencinta palsu. Mungkin apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan mungkin apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya.








Bersambung di post 
CiNTa, CheNta, CHita ....(Part2)...

Mohon maaf sekiranya post Ikhappy ini tidak anda sukai... :D

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
PerJaLaNaN hiDuP ku..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...


Apa2 pun , Ikhappy nak share dengan korang semua peristiwa yang berlaku kepada Ikhappy.. Sepanjang hari selepas result SPM 2011 dikeluarkan, pelbagai peristiwa yang berlaku kepada Ikhappy... Suka, duka, Gembira, sedih, Hampa, kecewa, semua ada dalam hari-hari tersebut.... Itulah kehidupan kan...

Kadang-kadang Ikhappy berasa sangat bertuah sebab Ikhappy rasa dah banyak nikmat serta kesenangan yang Allah s.w.t. berikan kepada Ikhappy... Alhamdulillah... Ikhappy berSyukur atas segala nikmat dan kesenangan tersebut... Kita ini manusia biasa dan hamba kepada -Nya, kita wajib mentaaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..

Perkara yang sedih dan pilu yang berlaku kepada Ikhappy adalah ....
*Laptop Ikhappy rosak... Sedih rasa tau.... Sudah hampir 5 tahun laptop tuh Ikhappy guna, kini ia telah rosak.... Susah arh Ikhappy nak update blog n ber"laman sosial" sekarang.. huhuhu....

Beginilah rupa Laptop tersebut.. :(

 Perkara yang gembira bagi Ikhappy adalah ....
*Ikhappy dapat snap sesuatu yang sangat menarik bagi Ikhappy... Benda tuh berunsurkan alam semulajadi dan wajar kita mengagungi ciptaan Allah s.w.t....

antara yang sempat Ikhappy snap


Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini....
Semoga kita sentiasa berada dalam fitrah Islam yang sebenar... Insyaallah..
Mohon maaf sekiranya post Ikhappy ini tidak anda sukai... :D

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
ResuLT sPm 2011..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy just na share dengan korang result SPM Ikhappy..
Alhamdulilah, result tersebut boleh membuat parent Ikhappy tersenyum.. Ikhappy bersyukur akan result tersebut, walaupun tidak berjaya mencapai target Ikhappy.. Namun, Ikhappy sangat bersyukur akan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan..

Ikhappy cuma merasa sedikit terkilan, akibat ada salah satu subjek yang tidak mencapai "kepujian"... Namun, Ikhappy redha akan ketentuan illahi.. Mungkin itu ada baiknya... Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia... Ikhappy redha dan menerima keputusan ini dengan seadaanya...  Yelahkan, hidup kita neyh bukan nya untuk mencari keduniaan semata-mata, kita hidup untuk mencari keredhaan Allah.. Itulah yang selalu ingat dalam diri Ikhappy.. Walaupun keputusan tidak begitu cemerlang, namun Ikhappy gembira dan Ikhappy rasa kehidupan Ikhappy akan berjalan seperti biasa seperti hari-hari kemarin..

Panjang pulak dah an... he3... Kat bawah neyh keputusan penuh Ikhappy......

result Ikhappy
snap nagn bie-la jup. he3.
Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini... Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Insyaallah..Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa diredhai oleh Allah.. Amin...
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
KenyaTaaN RasMi KPM..
Hari ini Ikhappy telah berjaya mendapatkan kenyataan rasmi KPM tentang tarikh sebenar "Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011"..

Mendengar sahaja membuatkan Ikhappy agak cuak.. Yelahkan Ikhappy kan tengah menunggu keputusan SPM an.. huhu~ Tapi, Ikhappy  ada rasa happy and excited pon ada  sebab tak lama lagi result tuh akan keluar.

Kat bawah neyh kenyataan rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2492..

Nampaknya tak sampai seminggu lagi keputusan SPM 2011 akan diumumkan.. Ikhappy berdoa agar semua calon SPM 2011 termasuklah Ikhappy akan mendapat keputusan yang cemerlang agar ianya dapat menjadi BatchMark terbaru SPM di negara ini... Semoga segala urusan kita diredhai oleh ALLAH s.w.t.. Insyaallah..

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
Ikhappy is coMe bacK ..
Setelah mengharungi sebuah perjalanan yang lama dan jauh, kini akhirnya Ikhappy kembali ke sedia kala...  uhhh.. terasa penat.. tapi banyak pengalaman yang Ikhappy dapat dalam perjalanan yang jauh itu...Pengalaman itu sangat indah dan sukar untuk dilupakan...

Pada tanggal 21 Februari hingga 23 Februari 2012, Ikhappy telah ke Kuala Lumpur kerana membantu Abang Wan Nazrul dalam membuat penyelidikan tentang Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya... Banyak kata-kata beliau yang bernas dan tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang hebat dan berkaliber..

Kat bawah ini antara yang Ikhappy dapat dari Penyelidikan tersebut...
Antara kata-kata yang menarik 
Gambar yang menarik perhatian Ikhappy 

  
Di sinilah tempat penyelidikan tesebut

Selain dari penyelidikan tersebut.. Ikhappy sempat berjalan-jalan sekitar Pusat Membeli Belah di Kuala Lumpur.. Bab kata orang, menyelam sambil meminum air  an.. huhu...

Salah sebuah butik di Sunway Pyramid

Jom wayang sebentar

Layan G.Rider..
Pemandangan dari bilik hotel,,,


Oke lah.. Sampai kat sini dulu entry kali nih... Semoga berjumpa di lain post...

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 

Awas! Jerat Valentine's Day

     Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dananeh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.

To be my Valentine?
     Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
     Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Mengapa Mawar Merah?

     Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saatValentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Hukum Menyambut Valentine’s Day
     Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
      Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

 Kebejatan Acara Valentine’s Day
     Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
     Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
     Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
     Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
      Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.

Islam Ada Cara
        Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
     Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
     Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Penutup
      Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.


Sekian..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik hari ini 

KeGaGaLaN daLaM peRjuAnGaN
Ramai yang tidak tahu Kegagalan dalam membuat sesuatu perkara sebenarnya merupakan sebuah Perjuangan..
Kegagalan mengajar kita supaya tidak berputus asa. Malah Kegagalan itu sebenarnya dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T...

Kita seharusnya tidak berputus asa dalam mencapai sesuatu yang diidamkan. Mari kita mencontohi akhlak Rasululllah S.A.W, baginda tidak berputus asa untuk menyebarkan dakwah Islamiah walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang baginda hadapi.. Baginda tetap bersabar dan sentiasa berusaha untuk menyampaikan dakwah..

Kadang-kadang Ikhappy rasa sangat kerdil dan hina sebab Ikhappy rasa Perjuangan Rasulullah S.A.W sangat hebat dan tak mungkin Ikhappy dapat berjuang seperti mana baginda..

Mari kita sama-sama berfikir akan Kegagalan kita dalam membuat sesuatu perkara merupakan sebuah ujian ALLAH kepada hamba-Nya yang tabah.. ALLAH tak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya.. Jadi jika kita gagal bermakna kita sebenarnya Mampu untuk menghadapi ujian tersebut disamping dapat mendekatkan diri kita kepada-NYa.

Ikhappy bukanlah seorang ustaz atau seorang yang mendalam ilmu agama, tapi berdasarkan ilmu yang Ikhappy ada itulah yang Ikhappy dapat simpulkan...

Semoga hidup kita semua diredhai dan disayangi oleh ALLAH.. Amin..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..


Sempena menyambut Maulidur Rasul pada tahun 1433H ini,
Ikhappy hadiahkan selawat ini untuk junjungan besar kita
iaitu Nabi Muhammad s.a.w...

 Mari kita sama-sama berselawat..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik Hari ini "Why?? Why?? And Why??
Semua orang pasti pernah jatuh CINTA.. Persoalannya kenapa semua orang perlu jatuh CINTA. Kenapa CINTA itu dianugerahkan untuk Manusia dan bukan kepada makluk lain. Kenapa CINTA itu sukar dilihat tetapi hanya dapat dirasa. Kenapa Manusia perlu akan CINTA..


Kadang-kadang Ikhappy sendiri pun tak tahu kenapa semua ini terjadi. Ikhappy sendiri pun pernah jatuh CINTA. Tapi...


Kalau difikir-fikirkan balik, peliknya lah CINTA ini, boleh membuat orang jadi tak tentu arah. Betul kan?


Pernah ada kes orang bunuh orang sebab dah jatuh CINTA dengan isteri orang.. Uuhhh... Pelik-pelik.. Ikhappy sendiri masih tak faham apa itu CINTA. Ada tak siapa-siapa kat sini tahu erti sebenar CINTA.. Cer komen sikit.. huhu..
Thanks>>> :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog Ikhappy.

Firstly, Ikhappy na kenalkan diri Ikhappy kat korang semua.
Nama penuh Ikhappy, Muhammad Ikhwan Mahmad Redzuan
Stay at Pekan, Pahang.Ikhappy stay student..
Seorang yang ceria dan suka berkawan dan kadang2 pemalu..

=> Kat sebelah ini keluarga Ikhappy.. Ikhappy anak ke 7 dari 8 adik beradik.. Ikhappy dew 4 kakak 2 abang dan seorang adik.

 <= yang neyh pulak classmate Ikhappy.. Ikhappy sayang sangat at mereka2 neyh.. Kami dah macam 1 family... Everthing we share.. Sharing is caring right?? huhu.. 

Dari kiri: Jihan,Nabila,Risma,Ain,
Aqilah,Nabilah,Farah,Siti,
Rabha,Iqbal,Sakirah,Azran,
Aminuddin,Shide,Razlan..



  => Neyh pulak my Parent.. Cantek an pict neyh.. huhu
My Papa seorang guru at Pekan neyh. 
My Mama seorang suri rumah.. 

 Ikhappy sayang sangat at Parent Ikhappy.. 
Mereka neyh sangat baik, Caring, and Sokmo Ceria..
Terima kasih pa and ma atas segala pengorbanan dan penat lelah unuk Ikhappy selama neyh... I luve You...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog ikhappy. Ikhappy rasa bertuah sangat kerana dapat membuat blog ini, Walaupun tak begitu menarik, namun Ikhappy bersyukur.
Kepada anda yang telah membaca post ini, Ikhappy harap anda sudi untuk follow blog ini. Blog ini masih baru. Ikhappy lancarkan ia pada 1 Februari 2012.. Ikhappy sayang anda semua.. Muuaaahh!!!

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit