Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat followers dan reader.. Mohon maaf sebab lama tak update blog.

Actually Ikhappy sibuk sekarang...Tak ada masa sangat untuk meng'update' blog.. Belajar di Matrik penuh dengan aktiviti...Dari jam 8pagi hinggalah ke 5 petang.. Kadang-kadang malam pun ada aktiviti, tak kiralah sama ada aktiviti pembelajaran atau pun aktiviti lain..

Kadang - kadang rasa tertekan juga belajar di Matrik ini, namun apakan daya itulah pilihan Ikhappy... Insyaallah Ikhappy boleh.

Ikhappy rasa nak cerita sikit pengalaman di Matrik ini.. Alhamdulillah.. Ikhappy dapat kawan2 yang best... Terutama sekali classmate... Hubungan kami semua rapat sangat macam dah lama kenal.. Untunglah kan..hihi... Roomate Ikhappy pon best guk... Dye orang jenis yang supporting.. Huhu..

Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini.. Nanti ada masa Ikhappy update blog.. Daa...

Sekian.
Terima kasih sebab sudi baca.. :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Selamat Tinggal SMK Ahmad, Pekan, Pahang...
Itulah ungkapan yang Ikhappy ucapkan petang tadi.. Sedih dan sayu meninggalkan AHMAD walaupun baru sebulan Ikhappy menjejakkan kaki ke situ... Walaupun Ikhappy nampak ceria namun perasaan ini tetap sedih meninggalkan SMK Ahmad.

Kepada rakan-rakan yang masih berada di Tingkatan 6 Bawah SMK Ahmad, Ikhappy doakan agar kalian sentiasa berada dalam sihat dan berada di dalam fitrah Islam. Ikhappy harap kalian semua berlajar bersungguh-sungguh untuk STPM 2013 kelak. Walaupun bari sebulan kita bersua namun, Ikhappy tetap merasakan sedih akan kehilangan kalian... Mohon maaf atas segala nya...

Kepada capital T yang dicintai dan disayangi, Ikhappy mohon maaf sebab tak dapat tunaikan janji Ikhappy. Ikhappy harap awak tidak sakit hati dan sedih atas pemergian Ikhappy ini. Mungkin Allah temukan kita hanya dalam masa yang singkat dan Mungkin Allah akan satukan kita suatu hari kelak.. Ikhappy takkan lupakan kamu sepanjang hayat Ikhappy... Terima kasih atas semuanya..

Maaf, lupa nak bagitahu yang Ikhappy akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang, (KMPh). Ikhappy akan mendaftar pada 13Jun2012.. Tarikh ini sangat bermakna bagi Ikhappy sebab tarikh ini merupakan tarikh hari lahir capital T yang Ikhappy mentionkan dia di atas tadi. Sedih kerana tak dalam bersama beliau pada tarikh tersebut. Namun apakan daya, Kita hanya merancang Allah yang tentukan.. Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia....

Insyaallah, kita berjumpa di lain post..
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti sekolah dah sampai ke penhujungnya... Pelbagai peristiwa yang telah terjadi kepada Ikhappy. Suka, duka, gembira. sedih, hampa, kecewa, semuanya ada.... Dalam cuti ini, abg Ikhappy telah selamat bertunang dengan pasangan beliau. Alhamdullilah... Mereka akan berkahwin hujung tahun ini. Ikhappy doakan agar hubungan mereka kekal sampai bila-bila. Amin..
 

Sepanjang cuti neyh guk, ada peristiwa yang sedih dan gembira membuatkan belajar apa itu "menghargai orang lain". Thanks to capital T sebab dah sedarkan hati Ikhappy.. Cyunk kamu.. Ikhappy takkan lupekan kamu.


Esok, 11 Jun 2012 peristiwa yang besar bakal berlaku.. Terasa macam tak nak je lalui, tapi nak atau tak nak Ikhappy perlu hadapi demi kehidupan Ikhappy... Sedih, gembira, sayu semua nya akan berlaku esok... k lah... Esok Ikhappy akan update blog lagi
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Lamanyer lah Ikhappy tak update blog neyh... Dah bersawang dah an.... errrmm..,.
Actually, Ikhappy sambung belajar tuh yang lama tak update blog tuh... Dari minggu orentasi hari tu, Ikhappy selalu balik petang.. Pukul 5 petang baru sampai rumah... Penat kot... Pagi-pagi pergi sekolah pukul 6.30... uhhh... apa nak buatkan.. Sabar jelah kan... Kata nak belajar... OoPpppss... Lupe nak bagitahu, Ikhappy masuk sekolah semula... Form6 kat UniAHMAD, Pekan.... hihi... Best belajar kat sini... Ramai kawan-kawan dari sekolah lama... Kawan-kawan baru pun Ikhappy dapat guk.... Awek???? hahaha... no comment..

Sekarang neyh kan musim cuti,,, So, adalah masa sikit untuk Ikhappy update blog nih... Tapi cuti pon Ikhappy dah kena buat assignment... Alhamdulillah dah siap... Syukur!! Musim cuti best sangat sebab kesemua anak saudara balik rumah.... Riuh-rendah jadi rumah... Macam-macam peragai budak-budak neyh.. Kadang-kadang terasa penat pun ada guk... huhu... Tapi seronok!!

Insyaallah nanti Ikhappy akan upload gambar-gambar sepanjang cuti ini.. Kalau rajin singgah-singgah lah FB Ikhappy (PutMe InTo RightDirection)... Ok lah... Ikhappy rasa sampai sini dulu post buat kali ini...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit