Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Beberapa jam lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2013.. Betapa pantasnya masa berlalu. Ikhappy rasa macam baru lagi Ikhappy melalui tahun 2012. Tahun 2012 meninggalkan pelbagai kisah suka, gembira, duka, sedih, kecewa buat Ikhappy. Antara peristiwa yang Ikhappy tak dapat lupa kan adalah kejadian pecah rumah pada 30 Dis 2012 jam 11malam.. Tak sangka pulak Ikhappy, ada juga yang pecah masuk rumah Parent Ikhappy.. Syukur, Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera.. Cuma yang hilang adalah sikit barang perhiasan mak Ikhappy. Yang peliknya orang yang pecah masuk rumah Ikhappy ini, hanya target untuk mendapatkan barangan perhiasan wanita dan wang.. Adohai,.. Jelas sangat dia orang tuh tak ada duit. hahaha...

Penghujung tahun 2012, Ikhappy menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang tahun 2012 jika sepanjang Ikhappy menjadi blogger. Buat haters, terima kasih ats segala komen anda semoga dengan komen anda tersebut Ikhappy dapat  memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca. :D



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ini Ikhappy terpanggil untuk meng'update' blog ini.. Hari ini 27/12/2012 merupakan tarikh yang Ikhappy yang tak dapat lupakan..Satu hari ini, Ikhappy tak pergi ke kelas, ini semua gara2 sebatang gigi.. Punya nya lah sakit ini ini sampai Ikhappy hanya mampu tido 4 jam sahaja.. Adohai.. Allah saja yang tahu. Peristiwa ini adalah peristiwa kali pertama berlaku pada Ikhappy.. Yelah kan kali pertama pergi klinik pergigian dan kemudiannya cabut gigi... Pagi tadi jam 8.20 pagi Ikhappy sampai ke kilinik pergigian Gambang.. Mula-mula tuh cuak jugak.. Firsttime kot pergi klinik gigi sorang2.. hahaha... Then, Ikhappy terpaksa tunggu dalam 20 minit untuk masuk bilik rawatan... Dah masuk, doktor tanya "Semalam awak tak boleh tido ea?".. Uhhhh dalam hatiku berkata "Doktor neyh dah tahu kot aku sakit kat gigi mana".. Then dia bius gigi Ikhappy.. Lepas itu, dia suruh tunggu dalam 10 minit.. Then, masuk semula bilik rawatan, doktor tuh terus cabut gigi... adohai,... tak rasa apa2 pon sampai lah sekarang... then, Ikhappy balik semula kolej jam 10 pagi.. Sampai jep kolej ingat nak pergi kelas tapi classmate kata kelas batal sampai pukul 2.. best giler dengar... Tapi dalam menunggu jam 2 tuh, Ikhappy rasa tak sedap... Sebab nya dari pukul 9 hingga 1 petang tuh darah tak berhenti2 keluar,,, apa lagi terus lah tak pergi ke kelas sampai jam 5.. hahaha... Tapi yang tak best itu, darah masih keluar sampai sekarang.. Ikhappy tak tahu nak buat apa... Just tunggu dan lihat jep lah,,,

Okelah nanti ada cerita-cerita lagi, Ikhappy akan post lagi...
Sekian.. Terima Kasih kerana sudi membaca... :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hyep semua.. Lama sudah Ikhappy tidak meng'update' blog ini..  Pelbagai peristiwa suka dan duka telah berlaku pada Ikhappy tak kira sama ada peristiwa itu baik atau buruk buat Ikhappy...

Antara yang best nyer Result PSPM 1, Ikhappy sudah dapat.. Alhamdulillah, Result itu memuaskan buat Ikhappy.. Rakan seperjuangan di KM Pahang juga bagus2 belaka.. Sekarang Ikhappy dah memulakan Semester 2 di KM Pahang. Alhamdulillah, permulaan Semester 2 ini baik buat Ikhappy... Ujian Pertengahan Semester pula akan Ikhappy hadapinya pada penghujung bulan Januari nanti.. Takut pula rasa apabila mengingatkan perkara ini, hihi..

Sebelum Ikhappy update blog ini, Ikhappy ada membaca komen dari guest blog ini yang ada menyatakan yang dia kurang suka dengan blog ini. Ikhappy tidak gusar akan perkara ini, sebab perkara ini lah akan menaikkan lagi semangat Ikhappy untuk terus menjadi hamba Allah yang cemerlang..

Ikhappy memohon maaf atas segala kekurangan blog dan diri Ikhappy.. Ikhappy seorang yang lemah dan tidak sempurna.. Setakat ini sahaja post kali ini. Sekian, Terima Kasih kerana sudi singgah blog ini.. Assalamualaikum..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat followers dan reader..

Alhamdulillah... Akhirnya tamat sudah Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) 1... Happy sangat rasa sebab menanti selama satu semester sudah berakhir pada 6 November 2012 jam 3.30 petang... Yahooo!!!

Mungkin perasaan ini buat seketika namun ianya sangat bermakna buat Ikhappy.. Bulan November ini pelbagai kenangan yang Ikhappy ada termasuk lah sama ada yang suka, duka, sedih dan hampa..
Ikhappy tak sabar rasanya menanti 15 November 2012 bersamaan 1Muharram1444... Ikhappy akan menantikan detik itu setiap tahun kerana tarikh ini pelbagai kisah yang berlaku...

10November2012, Ikhappy akan menghadapi Malaysia University English Test (MUET) kertas Writing, Reading dan Listening... Harap-harap Ikhappy dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan dapat menjawab dengan cemerlang, insyaallah...

Bulan ini juga insyaallah abang dan kakak Ikhappy akan menghadapi hari bahagia mereka (Perkahwinan).. Tak sabar nak menanti majlis tersebut di rumah Ikhappy pada 17November2012... Mesti meriah kan,... Errmm... tak sabar nya lah rasa...

Ikhappy rasa sampai kata kat sini dulu post buat kali ini.. Mohon maaf buat semua..
Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. Sayang anda semua..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat followers dan reader..
Mohon maaf sebab lama tak update blog..

Minggu ini merupakan minggu yang agak menakutkan buat Ikhappy... Buat pertama kalinya, Ikhappy mengambil Peperiksaan Akhir Semester bagi Program Matrikulasi... Cuak, gementar, gugup, takut, semua nya melanda Ikhappy..

First day exam (29/10/12), English Paper 1... Mula2 tuh rasa tak takut tapi lepas dan buka soalan cuak giler rasa... Banyak giler kena baca esei untuk jawab... dah lah panjang yang ayatnyer yang susah.. Tapi Alhamdulillah, Ikhappy berjaya atasi perasaan tuh..

Second day (30/10/12), Mathematics Paper 1 dan English Paper 2... Soalan Maths, jangan ditanya lah.. Susah yang amat... Dah lah tak cukup masa nak jawab... Paper English pulak kene wat esei... Ikhappy main buat jep ikot kemampuan sendiri..

Third day (31/10/12) Mathematics Paper 2... Soalan susah jugak,,, Tak tahu lah apa yang akan jadi dengan result Ikhappy nanti...

Hari ini (1/11/12) Paper Biology 1 dan 2... Soalan tuh tak lah rasa susah sangat tapi disebabkan ada yang Ikhappy tidak paham dengan kehendak soalan so boleh dikatakan susah lah soalan tadi...

Minggu Depan (Isnin, 5/11/12) Paper Chemistry dan (Selasa, 6/11/12) Paper Physics.. Harap2 Ikhappy boleh buat dengan baik.. Harap semua doakan untuk kejayaan Ikhappy...

Ikhappy rasa sampai kata kat sini dulu post kali ini.. Mohon maaf semua.. Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat followers dan reader.. Mohon maaf sebab lama tak update blog..

Tak lama lagi, Ikhappy akan menghadapi final exam untuk Sem1 neyh... Takut jugak rasa... Tapi nak atau tak nak Ikhappy kena hadapi jugak semua bemda tuh..

Ikhappy nak share cite lah dengan korang.. 2 minggu lepas ada peristiwa yang membuat kan Ikhappy rasa tertekan sangat.. Rasa geram giler kat budak tuh, tapi apakan daya kita cuma manusia biasa kan.. Kenalah terima.. Salah Ikhappy jugak tak investigate dari awal, main terjah cam tuh jep.. Kepada insan tersebut, Ikhappy mintak maaf sangat2, harap sudi maafkan Ikhappy.. We are Human, human make mistake...

Start dari tuh Ikhappy dapat belajar sesuatu daripada peristiwa tersebut.. Ikhappy harap ukhwah antara kami tak putus sebab peristiwa tuh.. Namun dalam pada tu, Ikhappy rasa segan nak bersua dengan dia.. Dek kerana malu dengan diri sendiri...

Errrmm... K lah, Ikhappy rasa sampai kat sini dulu lah post kali ini... Insyaallah kalau ada kelapangan dan keizinan Allah, kita bersua kembali..

Terima kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera,..
Hyep semua... Apa khabar? Hari ini Ikhappy nak story sedikit tentang hati dan perasaan kita, its mean LOVE.. Mungkin kita semua pernah suka kat someone tapi kita tak berani nak kata kat dia yang kita suka dia... Mungkin juga kita mudah jatuh cinta kat someone tapi dalam masa yang sama kita sudah bercinta... Itulah ragam perasaan... Bagi lelaki kebiasaannya, mereka nak seorang perempuan yang cantik, peramah, pandai ambil hati dia dan macam-macam lagi lah.. Namun, bagi seorang perempuan, mereka mahukan seorang lelaki yang berbadan sasa, hansome, romantik, wara' dan macam-macam lagi bergantung kepada kehendak mereka.. Namun adakah kita sedar bahawa Mencintai itu lebih rumit dari Menyayangi...

First, Ikhappy nak huraikan dahulu apakah itu Menyayangi dan Mencintai....
Menyayangi menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "berasa sayang akan" atau juga bersinonim dengan "kasih". Mencintai pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud "menaruh cinta".. Berdasarkan maksud ini pun, kita dah boleh tahu yang Mencintai itu lebih sukar dari Menyayangi.

Mungkin kita tak sedar bahawa kita sering menggunakan istilah dengan salah.. Kita tak boleh Mencintai sesorang jikalau kita tidak menyayanginya terlebih dahulu... Sebelum itu, perkataan suka pula lebih menggambarkan perasaan gembira akan sesuatu...

Ehhh... apa yang Ikhappy Mengarut ini kan... Buat post tak de kena mengena lansung.. huhu... Sorilah reader-reader sekalian... hihi... Ikhappy saja je buat post macam ini nak tarik ramai yang singgah blog ini... huhu...

Okelah, Ikhappy rasa sampai sini dahulu post kali ini... Sekian, Terima Kasih sebab sudi membaca... Sayang korang..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Akhirnya Ikhappy dapat menukarkan template Blog ini.... Actually dah lama Ikhappy cadang nak tukar template, hari ini 4 September 2012 menjadi saksi.. Kini http://ikhappy-omel.blogspot.com/ telah bertukar... Happy sangat Ikhappy rasa.. hihi... Buat new readers, sudi2 lah follow blog ini... Ikhappy harap dengan penambahbaikan ini, lebih ramai followers yang akan follow Ikhappy... Insyaallah, Ikhappy akan update blog ini dari semasa ke semasa...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama sudah tidak meng'update' blog ini... Alhamdulillah, akhirnya setelah seminggu raya dapat juga Ikhappy update blog ini bersawang ini... Cuti raya ini pelbagai cerita yang melanda diri Ikhappy.. Ada yang sedih, gembira, excited, and macam-macam lagi lah..

First, Ikhappy nak cerita seminggu sebelum raya...  11/8/2012 (Sabtu), buat pertama kalinya Ikhappy beli baju raya tanpa parent, Ikhappy pergi beli dengan adik je.. Ada rasa sedih sikit, sebab parent suruh beli sendiri. Selama ini Ikhappy beli baju raya dengan Family, tapi tak pelahkan yang penting Ikhappy dapat baju raya yang cantik, murah pulak tuh... Best giler rasa... 14/8/2012 and 15/8/2012, Ikhappy melawat sekolah lama (SMK Paloh Hinai, Pekan).. Gempak kot... Masuk-masuk tengok sekolah dah berubah, uuhhh.. cepat giler berubah.. Oppss lupe pulak ikut TRANSFORMASI negaralah katakan.. haha... tapi xkisahlah... Ikhappy pergi ke sana sebab saja nak borak-borak dengan cikgu.. Untung giler rasa sebab dapat duit raya... 2 hari tuh Ikhappy dapat RM40 duit raya.,... Best2...

Sekarang ini cerita sehari sebelum raya.. Suasana rumah?? Jangan cakaplah kan, meriah giler... Dengan suara anak-anak saudaranya, riuh rendah nak masak ketupat, lemang and rendang... Meriah-meriah... Malam raya tuh kami semua bersiap untuk raya... Kami masa tuh tido awal sikit dalam pukul 1-2 pagi sebab takot mengantuk kan.... Memang bestlah raya tahun ini sebab semua adik beradik beraya kat rumah....

Raya pertama, lepas solat hari raya Aidilfitri, kami satu family makan sama-sama then bersiap-siap untuk sesi bermaaf-maafan... Takut plak rasa time ini sebab Ikhappy banyak buat salah... Tapi time tuh Ikhappy buat relax je... haha... Mula-mula start dari Along... Lepas sorang-sorang, kini tiba giliran Ikhappy... First, mintak maaf dengan abah then emak pastu baru dengan adik beradik yang lain. Masa sesi tuh, kami sempat lagi snap.. haha... ohhseemm kan.. huhu..

My Parent: Mahmad Redzuan Zainabidin&Meziah Mad Rezali

My Family

... 

Pict abang ambik masa cium abah
Family Along

Family Angah
Family Ateh

with akak kesayangan (Anem)




syok bergambar

Itulah sebahagian pict yang kami snap semasa raya pertama... Ikhappy rasa setakat sini dulu post kali ini.. Semoga berjumpa di lain post...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu...

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Sumber:
www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar

Semoga hidup kita semua diredhai oleh Allah SWT.. Amin...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum... Alhamdulillah, kita kepada illahi kerana kita diberikan lagi untuk hidup... Alhamdulillah tak disedari sudah seminggu kita semua menjalani ibadah berpuasa...

Kali ini, Ikhappy nak share sikit ilmu buat semua.. Harap kita sama-sama menjadi muslim or muslimat yang sejati...

IBADAH Puasa  
Tajuk :
Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

 
Huraian Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT..

Sumber; http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=215

Sekian dahulu post kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding daripada Ramadhan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.


Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya berjudul ‘lhya Ulurniddin’
menyebut:
“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Puasa al-umum ialah me-nahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihata, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakalapuasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dariAllah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran
 memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-zulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari
apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir daripada
sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, ash-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
 
Berikut adalah keistimewaan-keistimewaan yang disebutkan dalam berbagai ayat dan hadits. Semoga dengan mengetahui hal ini, kita akan semakin semangat di bulan Ramadhan. Hanya Allah yang beri taufik.


1. Ramadhan adalah Bulan Diturunkannya Al Qur’an

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih  sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini pula Al Qur’an diturunkan. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (QS. Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir rahimahullah tatkala menafsirkan ayat yang mulia ini mengatakan, ”(Dalam ayat ini) Allah Ta’ala memuji bulan puasa –yaitu bulan Ramadhan- dari bulan-bulan lainnya. Allah memuji demikian karena bulan ini telah Allah pilih sebagai bulan diturunkannya Al Qur’an dari bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pula pada bulan Ramadhan ini Allah telah menurunkan kitab ilahiyah lainnya pada para Nabi ’alaihimus salam.”[1]
 
2. Setan-setan Dibelenggu, Pintu-pintu Neraka Ditutup dan Pintu-pintu Surga Dibuka Ketika Ramadhan Tiba

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu.”[2]

Al Qodhi ‘Iyadh mengatakan, “Hadits di atas dapat bermakna, terbukanya pintu surga dan tertutupnya pintu Jahannam dan terbelenggunya setan-setan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan mulianya bulan tersebut.” Lanjut Al Qodhi ‘Iyadh, “Juga dapat bermakna terbukanya pintu surga karena Allah memudahkan berbagai ketaatan pada hamba-Nya di bulan Ramadhan seperti puasa dan shalat malam. Hal ini berbeda dengan bulan-bulan lainnya. Di bulan Ramadhan, orang akan lebih sibuk melakukan kebaikan daripada melakukan hal maksiat. Inilah sebab mereka dapat memasuki surga dan pintunya. Sedangkan tertutupnya pintu neraka dan terbelenggunya setan, inilah yang mengakibatkan seseorang mudah menjauhi maksiat ketika itu.” [3]
 
3. Terdapat Malam yang Penuh Kemuliaan dan Keberkatan

Pada bulan ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan yaitu lailatul qadar (malam kemuliaan). Pada malam inilah –yaitu 10 hari terakhir di bulan Ramadhan- saat diturunkannya Al Qur’anul Karim.
Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (QS. Al Qadr: 1-3).

Dan Allah Ta’ala juga berfirman,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (QS. Ad Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkahi di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari rahimahullah[4]. Inilah yang menjadi pendapat mayoritas ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma.[5]
 
4. Bulan Ramadhan adalah Salah Satu Waktu Dikabulkannya Do’a

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ
Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.”[6]

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizholimi”.[7] An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Hadits ini menunjukkan bahwa disunnahkan bagi orang yang berpuasa untuk berdo’a dari awal ia berpuasa hingga akhirnya karena ia dinamakan orang yang berpuasa ketika itu.”[8] An Nawawi rahimahullah mengatakan pula, “Disunnahkan bagi orang yang berpuasa ketika ia dalam keadaan berpuasa untuk berdo’a demi keperluan akhirat dan dunianya, juga pada perkara yang ia sukai serta jangan lupa pula untuk mendoakan kaum muslimin lainnya.”[9]

Semoga sajian ini bermanfaat buat kita semua...

SUMBER:
1-http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/ppr.pdf
2-http://rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2644-semangat-di-bulan-ramadhan.html

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat followers dan reader.. Mohon maaf sebab lama tak update blog.

Actually Ikhappy sibuk sekarang...Tak ada masa sangat untuk meng'update' blog.. Belajar di Matrik penuh dengan aktiviti...Dari jam 8pagi hinggalah ke 5 petang.. Kadang-kadang malam pun ada aktiviti, tak kiralah sama ada aktiviti pembelajaran atau pun aktiviti lain..

Kadang - kadang rasa tertekan juga belajar di Matrik ini, namun apakan daya itulah pilihan Ikhappy... Insyaallah Ikhappy boleh.

Ikhappy rasa nak cerita sikit pengalaman di Matrik ini.. Alhamdulillah.. Ikhappy dapat kawan2 yang best... Terutama sekali classmate... Hubungan kami semua rapat sangat macam dah lama kenal.. Untunglah kan..hihi... Roomate Ikhappy pon best guk... Dye orang jenis yang supporting.. Huhu..

Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini.. Nanti ada masa Ikhappy update blog.. Daa...

Sekian.
Terima kasih sebab sudi baca.. :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Selamat Tinggal SMK Ahmad, Pekan, Pahang...
Itulah ungkapan yang Ikhappy ucapkan petang tadi.. Sedih dan sayu meninggalkan AHMAD walaupun baru sebulan Ikhappy menjejakkan kaki ke situ... Walaupun Ikhappy nampak ceria namun perasaan ini tetap sedih meninggalkan SMK Ahmad.

Kepada rakan-rakan yang masih berada di Tingkatan 6 Bawah SMK Ahmad, Ikhappy doakan agar kalian sentiasa berada dalam sihat dan berada di dalam fitrah Islam. Ikhappy harap kalian semua berlajar bersungguh-sungguh untuk STPM 2013 kelak. Walaupun bari sebulan kita bersua namun, Ikhappy tetap merasakan sedih akan kehilangan kalian... Mohon maaf atas segala nya...

Kepada capital T yang dicintai dan disayangi, Ikhappy mohon maaf sebab tak dapat tunaikan janji Ikhappy. Ikhappy harap awak tidak sakit hati dan sedih atas pemergian Ikhappy ini. Mungkin Allah temukan kita hanya dalam masa yang singkat dan Mungkin Allah akan satukan kita suatu hari kelak.. Ikhappy takkan lupakan kamu sepanjang hayat Ikhappy... Terima kasih atas semuanya..

Maaf, lupa nak bagitahu yang Ikhappy akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang, (KMPh). Ikhappy akan mendaftar pada 13Jun2012.. Tarikh ini sangat bermakna bagi Ikhappy sebab tarikh ini merupakan tarikh hari lahir capital T yang Ikhappy mentionkan dia di atas tadi. Sedih kerana tak dalam bersama beliau pada tarikh tersebut. Namun apakan daya, Kita hanya merancang Allah yang tentukan.. Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia....

Insyaallah, kita berjumpa di lain post..
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti sekolah dah sampai ke penhujungnya... Pelbagai peristiwa yang telah terjadi kepada Ikhappy. Suka, duka, gembira. sedih, hampa, kecewa, semuanya ada.... Dalam cuti ini, abg Ikhappy telah selamat bertunang dengan pasangan beliau. Alhamdullilah... Mereka akan berkahwin hujung tahun ini. Ikhappy doakan agar hubungan mereka kekal sampai bila-bila. Amin..
 

Sepanjang cuti neyh guk, ada peristiwa yang sedih dan gembira membuatkan belajar apa itu "menghargai orang lain". Thanks to capital T sebab dah sedarkan hati Ikhappy.. Cyunk kamu.. Ikhappy takkan lupekan kamu.


Esok, 11 Jun 2012 peristiwa yang besar bakal berlaku.. Terasa macam tak nak je lalui, tapi nak atau tak nak Ikhappy perlu hadapi demi kehidupan Ikhappy... Sedih, gembira, sayu semua nya akan berlaku esok... k lah... Esok Ikhappy akan update blog lagi
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Lamanyer lah Ikhappy tak update blog neyh... Dah bersawang dah an.... errrmm..,.
Actually, Ikhappy sambung belajar tuh yang lama tak update blog tuh... Dari minggu orentasi hari tu, Ikhappy selalu balik petang.. Pukul 5 petang baru sampai rumah... Penat kot... Pagi-pagi pergi sekolah pukul 6.30... uhhh... apa nak buatkan.. Sabar jelah kan... Kata nak belajar... OoPpppss... Lupe nak bagitahu, Ikhappy masuk sekolah semula... Form6 kat UniAHMAD, Pekan.... hihi... Best belajar kat sini... Ramai kawan-kawan dari sekolah lama... Kawan-kawan baru pun Ikhappy dapat guk.... Awek???? hahaha... no comment..

Sekarang neyh kan musim cuti,,, So, adalah masa sikit untuk Ikhappy update blog nih... Tapi cuti pon Ikhappy dah kena buat assignment... Alhamdulillah dah siap... Syukur!! Musim cuti best sangat sebab kesemua anak saudara balik rumah.... Riuh-rendah jadi rumah... Macam-macam peragai budak-budak neyh.. Kadang-kadang terasa penat pun ada guk... huhu... Tapi seronok!!

Insyaallah nanti Ikhappy akan upload gambar-gambar sepanjang cuti ini.. Kalau rajin singgah-singgah lah FB Ikhappy (PutMe InTo RightDirection)... Ok lah... Ikhappy rasa sampai sini dulu post buat kali ini...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
CiNTa, CheNta, CHita...
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi kenapa Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah namanya CINTA..



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita seharusnya mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta yang sejati adalah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni adalah kasih ibubapa kepada anak-anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih kawan masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cinta mereka disambut oleh para pencinta palsu. Mungkin apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan mungkin apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya.








Bersambung di post 
CiNTa, CheNta, CHita ....(Part2)...

Mohon maaf sekiranya post Ikhappy ini tidak anda sukai... :D

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
PerJaLaNaN hiDuP ku (Part2)..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...


Firstly, Ikhappy bersyukur kepada illahi atas segala nikmat dan kesenangan yang dikurniakan kepada Ikhappy.. Ikhappy berasa sangat bertuah kerana Ikhappy dilahirkan dalam Fitrah Islam yang penuh dengan nikmat jika dibandingkan dengan insan-insan lain seperti penduduk di Palestin.. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah..

Ikhappy sebenarnya nak cerita tentang tawaran yang Ikhappy dapat setelah sekian lama Ikhappy menunggu... Yelahkan Ikhappy kan baru lepas melepasi alam persekolahan yang penuh dengan kenangan, ..


*Tawaran Matrikulasi Sesi 2012/2013...
Semakan Tawaran Matrikulasi


*Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2012
Semakan Tawaran Tingkatan 6

Secara rasmi nya Ikhappy tidak dapat untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dan hanya dapat melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6.. Walau perasaan sedih ada melanda sedikit pada diri ini, namun Ikhappy tetap bersyukur dan redha atas keputusan ini..  Mungkin berada di Tingkatan 6 lebih mengajar Ikhappy akan kehidupan yang sebenar dan semoga Ikhappy dapat mencari keredhaan di muka bumi Allah s.w.t ini..


Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini....
Semoga kita sentiasa berada dalam fitrah Islam yang sebenar... Insyaallah..
Mohon maaf sekiranya post Ikhappy ini tidak anda sukai... :D

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
PerJaLaNaN hiDuP ku..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...


Apa2 pun , Ikhappy nak share dengan korang semua peristiwa yang berlaku kepada Ikhappy.. Sepanjang hari selepas result SPM 2011 dikeluarkan, pelbagai peristiwa yang berlaku kepada Ikhappy... Suka, duka, Gembira, sedih, Hampa, kecewa, semua ada dalam hari-hari tersebut.... Itulah kehidupan kan...

Kadang-kadang Ikhappy berasa sangat bertuah sebab Ikhappy rasa dah banyak nikmat serta kesenangan yang Allah s.w.t. berikan kepada Ikhappy... Alhamdulillah... Ikhappy berSyukur atas segala nikmat dan kesenangan tersebut... Kita ini manusia biasa dan hamba kepada -Nya, kita wajib mentaaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..

Perkara yang sedih dan pilu yang berlaku kepada Ikhappy adalah ....
*Laptop Ikhappy rosak... Sedih rasa tau.... Sudah hampir 5 tahun laptop tuh Ikhappy guna, kini ia telah rosak.... Susah arh Ikhappy nak update blog n ber"laman sosial" sekarang.. huhuhu....

Beginilah rupa Laptop tersebut.. :(

 Perkara yang gembira bagi Ikhappy adalah ....
*Ikhappy dapat snap sesuatu yang sangat menarik bagi Ikhappy... Benda tuh berunsurkan alam semulajadi dan wajar kita mengagungi ciptaan Allah s.w.t....

antara yang sempat Ikhappy snap


Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini....
Semoga kita sentiasa berada dalam fitrah Islam yang sebenar... Insyaallah..
Mohon maaf sekiranya post Ikhappy ini tidak anda sukai... :D

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
PeriStiwa 28 March 2012..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy mohon maaf sebab lama tak update blog neyh... Ikhappy dah kurang kan masa untuk ber"laman sosial" sekarang...

Apa2 pun , Ikhappy nak share dengan korang semua peristiwa yang berlaku pada 28/3/2012..
Hari ini merupakan hari yang tersangat-sangat indah buat Ikhappy..

1)    TaDi Ikhappy dapat berjumpa kembali dan keluar bersama  ex classmate Ikhappy masa sekolah... Meriah sungguh rasa...  Kami semua pergi bermain bowling at Mega Lanes, Berjaya Megamall Kuantan... Memang terbaik arh waktu tuh... Huhu.. Walaupun kami semua tak sehebat mana untuk bermain, tapi kami gembira apabila dapat bersama kembali..

2)    Ikhappy dapat bersama-sama dengan someone special ari neyh.. Ikhappy dapat luang kan masa dengan si dia. Happy gler.. Dapat jalan kat tepi pantai... Makan aiskrim sama-sama... Memang seronok gler arh.. huhu....

Kalau korang semua nak tgok pict yang Ikhappy snap sepanjang 28/3/2012..
 ley ke album untitle di Facebook Ikhappy Omel...


Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini....
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
ResuLT sPm 2011..
Buat followers dan readers blog neyh.. Ikhappy just na share dengan korang result SPM Ikhappy..
Alhamdulilah, result tersebut boleh membuat parent Ikhappy tersenyum.. Ikhappy bersyukur akan result tersebut, walaupun tidak berjaya mencapai target Ikhappy.. Namun, Ikhappy sangat bersyukur akan rezeki yang Allah s.w.t kurniakan..

Ikhappy cuma merasa sedikit terkilan, akibat ada salah satu subjek yang tidak mencapai "kepujian"... Namun, Ikhappy redha akan ketentuan illahi.. Mungkin itu ada baiknya... Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia... Ikhappy redha dan menerima keputusan ini dengan seadaanya...  Yelahkan, hidup kita neyh bukan nya untuk mencari keduniaan semata-mata, kita hidup untuk mencari keredhaan Allah.. Itulah yang selalu ingat dalam diri Ikhappy.. Walaupun keputusan tidak begitu cemerlang, namun Ikhappy gembira dan Ikhappy rasa kehidupan Ikhappy akan berjalan seperti biasa seperti hari-hari kemarin..

Panjang pulak dah an... he3... Kat bawah neyh keputusan penuh Ikhappy......

result Ikhappy
snap nagn bie-la jup. he3.
Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post buat kali ini... Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Insyaallah..Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa diredhai oleh Allah.. Amin...
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
Menanti Hari Yang Indah..
Hanya beberapa hari sahaja lagi Ikhappy akan melalui hari-hari yang indah... Penantian yang selama ini Ikhappy tunggu-tunggu akan tiba.. Perasaan gembira, takut, cuak menjadi sebuah kenangan terindah menanti hari tersebut.


21March2012, itulah tarikh keramat bagi Ikhappy... Perjuangan selama 11 tahun di alam persekolahan akan terjawab pada hari berkenaan....Ikhappy berharap tarikh itu menjadi tarikh yang indah buat Ikhappy, memandangkan tarikh tersebut akan menjadi sebuah titik permulaan bagi Ikhappy untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini.

Kepada kawan-kawan Ikhappy yang sama menunggu keputusan SPM2011 pada 21March2012, Ikhappy berharap anda semua redha akan ketentuan Allah.. Kita semua telah berusaha, Allah yang menentukan.. Ikhappy juga akan menerima takdir dengan hati yang terbuka. Kalau keputusan kurang memuaskan, mungkin tiada rezeki kita semasa SPM dan mungkin Allah lebih mengetahui rezeki kita di masa akan datang.. Insyaallah

Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa diredhai oleh Allah.. Amin...


Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
KenyaTaaN RasMi KPM..
Hari ini Ikhappy telah berjaya mendapatkan kenyataan rasmi KPM tentang tarikh sebenar "Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011"..

Mendengar sahaja membuatkan Ikhappy agak cuak.. Yelahkan Ikhappy kan tengah menunggu keputusan SPM an.. huhu~ Tapi, Ikhappy  ada rasa happy and excited pon ada  sebab tak lama lagi result tuh akan keluar.

Kat bawah neyh kenyataan rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2492..

Nampaknya tak sampai seminggu lagi keputusan SPM 2011 akan diumumkan.. Ikhappy berdoa agar semua calon SPM 2011 termasuklah Ikhappy akan mendapat keputusan yang cemerlang agar ianya dapat menjadi BatchMark terbaru SPM di negara ini... Semoga segala urusan kita diredhai oleh ALLAH s.w.t.. Insyaallah..

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
C.I.N.T.A..

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta …

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Bagi Ikhappy, Cinta itu teramat indah. Manusia sememangnya memerlukan Cinta dalam Kehidupan. Cinta kepada manusia biasanya hanyalah bersifat mengejar hawa nafsu. Tapi CINTA kepada ALLAH, akan membawa manusia ke Syurga. Itulah Cinta..

Cinta itu sangat aneh. Tak dapat dipegang, tak dapat dilihat, tapi hanya dapat dirasa dengan menggunakan hati. Cinta itu adalah Anugerah dari Illahi kepada manusia.

Akhir kata, Ikhappy mahu kita sama-sama berfikir apakah itu CINTA... Mungkinkah ia hanya sandiwara atau pun sebuah Anugerah Terindah..

Hargailah Cinta kerana ia mampu mendidik kita ke arah yang kebaikan....

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
mY new FB..
Buat pengetahuan semua followers dan semua readers, Fb Muhammad Ikhwan Mahmad Redzuan akan deactived tak lama lagi... Kepada semua frenz2 di bolehlah "add" semula saia di Ikhappy Omel..

Actually, Ikhappy ada sebab untuk tutup account lama tu... Huhu.. FB tuh memberi sikit rasa tekanan kepada Ikhappy akibat daripada rakan-rakan di account tersebut..

Kesimpulan dengan itu, Ikhappy berharap agar anda yang telah menjadi rakan saya di Muhammad Ikhwan Mahmad Redzuan sudi untuk 'add' semula Ikhappy di FB baru Ikhappy..
Segala request akan Ikhappt approve secepat munkin.. Insyaallah...

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
iNdaHnyer kaLau daPaT kaHwiN awaL..
eerrmm... Post kali ini agak pelik sikit an. huhu.. Ikhappy rasa macam best je bila dapat kahwin awal kan... Lebih bersama orang yang kita sayang tuh an... Lagi pun kita dapat kurangkan risiko kita untuk lakukan maksiat an...

Rasullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah temui (pasangan) yang sesuai untuknya..(H.R. Tirmidzi)
Berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa Islam itu memudahkan manusia.. Apa yang Ikhappy paham dengan hadis ini, kalau seorang perempuan itu telah temui pasangan nya maka hendaklah dia menyegerakan perkahwinan mereka.. Sungguh indah Islam itu kan..  So, kat sini Ikhappy boleh katakan yang kahwin awal bukan satu masalah.

Tapi ramai di antara kita terpikir kalau kahwin awal nanti, macam mana suami nak bagi nafkah kepada isteri sedangkan mereka masih belajar atau belum bekerja.. Mari kita berfikir sejenak, cuba kita tengok orang Arab zaman nabi dulu, kebanyakan mereka tak berharta. Mereka hanya mampu memberi isteri makan makanan yang mereka mampu bagi. Itu pun dah cukup untuk dijadikan nafkah kan...  Nabi Muhammad s.a.w tak larang pun orang miskin berkahwin. So, kita sebagai generasi muda ini hendaklah jangan jadikan wang sebagai penghalang perkahwinan. Meh baca sikit kalam Allah s.w.t. di bawah ini:

Maksudnya:  "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

So, kita tak perlu risau kalau tak ada duit, insyaallah Allah s.w.t akan memberi kita rezeki apabila kita berkahwin kelak. Sekarang ini, Ikhappy rasa macam best je kahwin kan.. Tapi perlu kita ingat besar tanggungjawab suami dalam rumahtangga ini.  Bukan sahaja suami, tanggungjawab isteri juga besar. Sebab itu lah penting nya ilmu. Kalau kita ada ilmu, insyaallah kita akan hidup dalam keadaan yang sejahtera.

Ikhappy pernah terbaca sebuah artikle yang Saidina Umar Al-Kattab r.a pernah berkata:
"Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka"

Ikhappy berharap agar Ikhappy dikurnakan seorang gadis yang solehah sebagai isteri Ikhappy. Ikhappy berharap anda juga begitu.. Jika terdapat salah dan silap dalam post ini, Ikhappy mohon maaf, ianya sebuah coretan insan yang lemah. 


Sebelum mengakhiri post kali ini, Ikhappy ingin berkongsi sebuah hadis kepada anda semua..

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (Sunnah) ku maka dia tidak termasuk dalam golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)




Semoga kita memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat dan semoga hidup kita diredhai oleh Allah s.w.t. Amin..
Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
happY biRthdaY daD ..
Hari ini 4 March 2012 genaplah 57 tahun umur abah Ikhappy.... Nama abah Ikhappy ialah Mahmad Redzuan Zainabidin. Beliau dilahirkan pada 4 March 1955 di Kg. Temai, Pekan, Pahang. Abah Ikhappy seorang yang tegas tau.. Ikhappy sendiri takut dengan abah Ikhappy.. Tapi dalam tegas2 dia,dia seorang yang peramah tau...

Sempena dengan hari lahir abah, neyh ade ucapkan sikit dari anak yang ke7 abah nieh:

"Selamat Hari Lahir Abah!!! Semoga diPanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu... Wan sayang abah... Muuuaaahhh.... <3





wan dan adik ada hadiah untuk abah... neyh hadiah special untuk abah....

Mintak maaflah sebab neyh jep yang mampu beli untuk abah...
Harap abah sudi terimanya dengan seadanya....

Thanks abah atas segala jasa dan pengorbanan abah buat kami sekeluarga... Abah, wan sayangkan abah sangat2... Semoga hidup Abah dirahmati oleh ALLAH S.W.T.. AMin....

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
Ikhappy is coMe bacK ..
Setelah mengharungi sebuah perjalanan yang lama dan jauh, kini akhirnya Ikhappy kembali ke sedia kala...  uhhh.. terasa penat.. tapi banyak pengalaman yang Ikhappy dapat dalam perjalanan yang jauh itu...Pengalaman itu sangat indah dan sukar untuk dilupakan...

Pada tanggal 21 Februari hingga 23 Februari 2012, Ikhappy telah ke Kuala Lumpur kerana membantu Abang Wan Nazrul dalam membuat penyelidikan tentang Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya... Banyak kata-kata beliau yang bernas dan tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang hebat dan berkaliber..

Kat bawah ini antara yang Ikhappy dapat dari Penyelidikan tersebut...
Antara kata-kata yang menarik 
Gambar yang menarik perhatian Ikhappy 

  
Di sinilah tempat penyelidikan tesebut

Selain dari penyelidikan tersebut.. Ikhappy sempat berjalan-jalan sekitar Pusat Membeli Belah di Kuala Lumpur.. Bab kata orang, menyelam sambil meminum air  an.. huhu...

Salah sebuah butik di Sunway Pyramid

Jom wayang sebentar

Layan G.Rider..
Pemandangan dari bilik hotel,,,


Oke lah.. Sampai kat sini dulu entry kali nih... Semoga berjumpa di lain post...

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
oN thE tRiP..
Ikhappy is now on the trip... Ikhappy memohon maaf kepada semua followers and likers page ikhappy-omel.blogspot.com... Terima kasih kepada anda yang sudi untuk follow dan like page tersebut.. Segala kesulitan amat disesali.

Pada 21-23 Februari 2012, Ikhappy berada di PutraJaya kerana melaksanakan beberapa tugas... Selepas itu, Pada 24-26 Februari 2012, Ikhappy akan ke Pantai Sepat, Kuantan... Insyaallah, Ikhappy akan meng"upload" gambar kenangan Ikhappy di ikhappy-omel.blogspot.com.. Harap anda semua sudi like page tersebut dan sudi untuk meninggalkan comment..




Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
whEn ThE raIn is FaLLinG dOwn
Hari ini first time topik dalam bahasa inggeris.. macam tak percaya pulak rasanya.. huhu... kalau di "translate" kan kepada Bahasa Melayu topik ini akan membawa maksud "Apabila Hujan Turun"


Mula-mula Ikhappy nak cerita dulu tentang hujan...Hujan merupakan kerpasan cecair berlawanan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji, hujan batu, dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan... Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.. Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, sebenarnya air hujan yang kecil berbentuk hampir bulat manakala hujan yang besat berbentuk roti burger atau payung terjun..


Actually bukan tentang hujan sangat yang Ikhappy nak cerita, tapi Ikhappy nak cerita akan keenakan mandi hujan.. Best rupanya mandi hujan.. Petang tadi Ikhappy berpeluang untuk mandi hujan selepas mendapatkan kebenaran dari parent.. huhu.. macam budak-budak kan...


Ikhappy mandi hujan selama lebih kurang 1 jam... Best giler... Sejuk kan terkata arh masa mandi hujan tuh,,, PeerrRRRhhhh.... Segar rasa badan.. Alhamdulillah, Ikhappy tak demam dan pening kepala bila mandi hujan... Memag best arh mandi hujan.. Adik Ikhappy pun turut sama untuk mandi hujan.. He3... 


Ok arh... nampak nya sampai kat sini dulu post buat kali ini...



Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
bE yOUR selF
Kadang-kadang kita rasa diri kita ini tak secantik artis Bollywood, tidak secomel artis K-PoP, tidak sekacak artis Hollywood, tidak sebaik para ulamak, dan tidak sehebat Rasullullah. Tapi sedarkah kita yang kita semua ini adalah hamba kepada ALLAH S.W.T..

Sebagai hamba ALLAH kita sepatutnya tunduk dan patuh akan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. Ikhappy bukanlah seorang yang alim tetapi Ikhappy adalah seorang insan yang hina dan tidak sempurna... Tapi adakah kita sedar akan dakwah itu boleh disampaikan pada bila-bila masa dan tak kira tempat.. Jangan menghina akan kebaikan walaupun dengan senyuman... Takkan kita mahu menjadi alim baru mahu berdakwah..
 Ayuh Kita merenung bersama...

Firman ALLAH S.W.T

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
"Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kami"
(Adz-Zariyat:56)

Perintah untuk beribadah itu tertakluk kepada seluruh manusia dan kepada semua golongan serta keadaan.Setiap manusia wajib melaksanakan segala tuntutan sebagai hamba Allah S.W.T semampunya dan menurut petunjuk yang sahih iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Ingatlah Islam tidak membebankan manusia sebaliknya bahkan memudahkan dan menyenangkan manusia di samping tidak sampai membiarkan manusia itu mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhannya. Setiap taklifan atau tuntutan dari Islam itu ditentukan menurut kadar kemampuan yang sesuai manusia itu sendiri.

Jadi Ikhappy berasa sangat sesuailah jika kita (Umat Islam) berjuang serta mengamalkan agama Islam dengan sebenar. Ayuh kita bersama-sama mengembalikan zaman Kegemilangan umat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Ikhappy percaya kalau semua umat Islam bersama-sama mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, Ummat Islam akan dipandang mulia dan nescaya tiada lagi penindasan dan peperangan dalam kehidupan. 


Ayuh kita BERUBAH!!!! Sampaikan dakwah.. Nabi pernah bersabda 
"Sampaikan lah daripadaku walaupun sepotong ayat"

ALLAHUAKBAR!!! ALLAH MAHA BESAR..

Ikhappy akhiri post kali ini dengan doa....
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah aku memohon kepada-Mu 'afiat (keselamatan/dijauhkan dari malapetaka) di dunia dan di akhirat.Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu agar dimasukkan ke dalam 
Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka. Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada 
kami di dunia dan di akhirat, serta lindungilah Kami dari azab api neraka.
أمين 
Semoga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat..

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
KeJadiaN 16 Februari

Hari ini tanggal 16 Februari 2012 ada yang sedih dan pilu berlaku dekat Ikhappy... 

Kejadian ini  sangat sedih dan pilu bagi Ikhappy... 
Sentap bila tengok benda yang Ikhappy kata benci
 tapi hakikatnya sayang pergi meninggalkan Ikhappy...

Baru sekejap kita bersama, kini engkau pergi membawa diri meninggalkan ku sendiri..
Sedih bila kamu tinggalkan ku tanpa pesan... Pemergian mu satu detik yang tak dapat ku lupakan..
Adakah ini sudah suratan atau satu kebetulan....
Ceehhh wah, jiwang lah pulak.. huhu..

Sebenarnya tak lah sedih sangat pun, cuma sesuatu yang selama ini ada kat rumah Ikhappy telah pergi meniggalkan Ikhappy...
Dia sangat comel, tangkas, manja serta hebat bagi Ikhappy. Sedih pulak rasanya.. huhu..

Setiap hari biasanya Ikhappy akan bergaduh dengan dia, alah gurau-gurau manja.. Peluk-peluk, Pukul-pukul, itu dah jadi kebiasaan kami... Biasa lepas Ikhappy makan, Ikhappy akan bagi dia pulak makan.. Tapi rasanya mulai esok dan hari-hari seterusnya tiada lagi detik tu...

Lebih kurang macam inilah rupa kucing tu...
Actually, kucing Ikhappy dah lari rumah.. Ini semua gara-gara di langgar petang tadi.. Sedih tau tengok dia menangis... Kecian kat dia... Huhu...  Lepas Ikhappy urutkan kaki dia, terus dia lari.. Sampai sekarang tak tahu kat mana.. hope dia balik arh rumah.. Sorry lah kucing erk... Jangan arh kamu merajuk.. Pulanglah ke rumah... Kami menanti kepulangan mu sayang...



Sekian..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)



About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit