Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
Ikhappy is coMe bacK ..
Setelah mengharungi sebuah perjalanan yang lama dan jauh, kini akhirnya Ikhappy kembali ke sedia kala...  uhhh.. terasa penat.. tapi banyak pengalaman yang Ikhappy dapat dalam perjalanan yang jauh itu...Pengalaman itu sangat indah dan sukar untuk dilupakan...

Pada tanggal 21 Februari hingga 23 Februari 2012, Ikhappy telah ke Kuala Lumpur kerana membantu Abang Wan Nazrul dalam membuat penyelidikan tentang Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya... Banyak kata-kata beliau yang bernas dan tidak dinafikan bahawa Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang hebat dan berkaliber..

Kat bawah ini antara yang Ikhappy dapat dari Penyelidikan tersebut...
Antara kata-kata yang menarik 
Gambar yang menarik perhatian Ikhappy 

  
Di sinilah tempat penyelidikan tesebut

Selain dari penyelidikan tersebut.. Ikhappy sempat berjalan-jalan sekitar Pusat Membeli Belah di Kuala Lumpur.. Bab kata orang, menyelam sambil meminum air  an.. huhu...

Salah sebuah butik di Sunway Pyramid

Jom wayang sebentar

Layan G.Rider..
Pemandangan dari bilik hotel,,,


Oke lah.. Sampai kat sini dulu entry kali nih... Semoga berjumpa di lain post...

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 

Awas! Jerat Valentine's Day

     Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dananeh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.

To be my Valentine?
     Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
     Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Mengapa Mawar Merah?

     Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saatValentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Hukum Menyambut Valentine’s Day
     Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
      Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

 Kebejatan Acara Valentine’s Day
     Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
     Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
     Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
     Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
      Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.

Islam Ada Cara
        Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
     Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
     Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Penutup
      Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.


Sekian..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik hari ini 

KeGaGaLaN daLaM peRjuAnGaN
Ramai yang tidak tahu Kegagalan dalam membuat sesuatu perkara sebenarnya merupakan sebuah Perjuangan..
Kegagalan mengajar kita supaya tidak berputus asa. Malah Kegagalan itu sebenarnya dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T...

Kita seharusnya tidak berputus asa dalam mencapai sesuatu yang diidamkan. Mari kita mencontohi akhlak Rasululllah S.A.W, baginda tidak berputus asa untuk menyebarkan dakwah Islamiah walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang baginda hadapi.. Baginda tetap bersabar dan sentiasa berusaha untuk menyampaikan dakwah..

Kadang-kadang Ikhappy rasa sangat kerdil dan hina sebab Ikhappy rasa Perjuangan Rasulullah S.A.W sangat hebat dan tak mungkin Ikhappy dapat berjuang seperti mana baginda..

Mari kita sama-sama berfikir akan Kegagalan kita dalam membuat sesuatu perkara merupakan sebuah ujian ALLAH kepada hamba-Nya yang tabah.. ALLAH tak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya.. Jadi jika kita gagal bermakna kita sebenarnya Mampu untuk menghadapi ujian tersebut disamping dapat mendekatkan diri kita kepada-NYa.

Ikhappy bukanlah seorang ustaz atau seorang yang mendalam ilmu agama, tapi berdasarkan ilmu yang Ikhappy ada itulah yang Ikhappy dapat simpulkan...

Semoga hidup kita semua diredhai dan disayangi oleh ALLAH.. Amin..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..


Sempena menyambut Maulidur Rasul pada tahun 1433H ini,
Ikhappy hadiahkan selawat ini untuk junjungan besar kita
iaitu Nabi Muhammad s.a.w...

 Mari kita sama-sama berselawat..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik Hari ini "Why?? Why?? And Why??
Semua orang pasti pernah jatuh CINTA.. Persoalannya kenapa semua orang perlu jatuh CINTA. Kenapa CINTA itu dianugerahkan untuk Manusia dan bukan kepada makluk lain. Kenapa CINTA itu sukar dilihat tetapi hanya dapat dirasa. Kenapa Manusia perlu akan CINTA..


Kadang-kadang Ikhappy sendiri pun tak tahu kenapa semua ini terjadi. Ikhappy sendiri pun pernah jatuh CINTA. Tapi...


Kalau difikir-fikirkan balik, peliknya lah CINTA ini, boleh membuat orang jadi tak tentu arah. Betul kan?


Pernah ada kes orang bunuh orang sebab dah jatuh CINTA dengan isteri orang.. Uuhhh... Pelik-pelik.. Ikhappy sendiri masih tak faham apa itu CINTA. Ada tak siapa-siapa kat sini tahu erti sebenar CINTA.. Cer komen sikit.. huhu..
Thanks>>> :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog Ikhappy.

Firstly, Ikhappy na kenalkan diri Ikhappy kat korang semua.
Nama penuh Ikhappy, Muhammad Ikhwan Mahmad Redzuan
Stay at Pekan, Pahang.Ikhappy stay student..
Seorang yang ceria dan suka berkawan dan kadang2 pemalu..

=> Kat sebelah ini keluarga Ikhappy.. Ikhappy anak ke 7 dari 8 adik beradik.. Ikhappy dew 4 kakak 2 abang dan seorang adik.

 <= yang neyh pulak classmate Ikhappy.. Ikhappy sayang sangat at mereka2 neyh.. Kami dah macam 1 family... Everthing we share.. Sharing is caring right?? huhu.. 

Dari kiri: Jihan,Nabila,Risma,Ain,
Aqilah,Nabilah,Farah,Siti,
Rabha,Iqbal,Sakirah,Azran,
Aminuddin,Shide,Razlan..



  => Neyh pulak my Parent.. Cantek an pict neyh.. huhu
My Papa seorang guru at Pekan neyh. 
My Mama seorang suri rumah.. 

 Ikhappy sayang sangat at Parent Ikhappy.. 
Mereka neyh sangat baik, Caring, and Sokmo Ceria..
Terima kasih pa and ma atas segala pengorbanan dan penat lelah unuk Ikhappy selama neyh... I luve You...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog ikhappy. Ikhappy rasa bertuah sangat kerana dapat membuat blog ini, Walaupun tak begitu menarik, namun Ikhappy bersyukur.
Kepada anda yang telah membaca post ini, Ikhappy harap anda sudi untuk follow blog ini. Blog ini masih baru. Ikhappy lancarkan ia pada 1 Februari 2012.. Ikhappy sayang anda semua.. Muuaaahh!!!

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit