Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Beberapa jam lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2013.. Betapa pantasnya masa berlalu. Ikhappy rasa macam baru lagi Ikhappy melalui tahun 2012. Tahun 2012 meninggalkan pelbagai kisah suka, gembira, duka, sedih, kecewa buat Ikhappy. Antara peristiwa yang Ikhappy tak dapat lupa kan adalah kejadian pecah rumah pada 30 Dis 2012 jam 11malam.. Tak sangka pulak Ikhappy, ada juga yang pecah masuk rumah Parent Ikhappy.. Syukur, Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera.. Cuma yang hilang adalah sikit barang perhiasan mak Ikhappy. Yang peliknya orang yang pecah masuk rumah Ikhappy ini, hanya target untuk mendapatkan barangan perhiasan wanita dan wang.. Adohai,.. Jelas sangat dia orang tuh tak ada duit. hahaha...

Penghujung tahun 2012, Ikhappy menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang tahun 2012 jika sepanjang Ikhappy menjadi blogger. Buat haters, terima kasih ats segala komen anda semoga dengan komen anda tersebut Ikhappy dapat  memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca. :D


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hyep semua.. Lama sudah Ikhappy tidak meng'update' blog ini..  Pelbagai peristiwa suka dan duka telah berlaku pada Ikhappy tak kira sama ada peristiwa itu baik atau buruk buat Ikhappy...

Antara yang best nyer Result PSPM 1, Ikhappy sudah dapat.. Alhamdulillah, Result itu memuaskan buat Ikhappy.. Rakan seperjuangan di KM Pahang juga bagus2 belaka.. Sekarang Ikhappy dah memulakan Semester 2 di KM Pahang. Alhamdulillah, permulaan Semester 2 ini baik buat Ikhappy... Ujian Pertengahan Semester pula akan Ikhappy hadapinya pada penghujung bulan Januari nanti.. Takut pula rasa apabila mengingatkan perkara ini, hihi..

Sebelum Ikhappy update blog ini, Ikhappy ada membaca komen dari guest blog ini yang ada menyatakan yang dia kurang suka dengan blog ini. Ikhappy tidak gusar akan perkara ini, sebab perkara ini lah akan menaikkan lagi semangat Ikhappy untuk terus menjadi hamba Allah yang cemerlang..

Ikhappy memohon maaf atas segala kekurangan blog dan diri Ikhappy.. Ikhappy seorang yang lemah dan tidak sempurna.. Setakat ini sahaja post kali ini. Sekian, Terima Kasih kerana sudi singgah blog ini.. Assalamualaikum..

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit