Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebulan sudah Ikhappy tidak meng'update' blog ini.. Alhamdulillah, hari ini boleh juga Ikhappy mencoretkan sesuatu pada blog ini. Hari ini tanggal 31/1/2013, Ikhappy sudah menghabiskan Ujian Pertengahan Semester 2 ini dengan jayanya. Dengan apa yang Ikhappy hadapi, Insyaallah dengan izin Allah Ikhappy boleh dapat keputusan yang cemerlang, Amin...

Sebulan tidak meng'update' blog ini, pelbagai kisah suka duka, pahit manis, gembira sedih, yang berlaku.. Biasalah itulah asam garam seorang hamba Allah yang lemah.

Dalam masa sebulan ini juga Ikhappy dapat lebih mengenal erti persahabatan bagi sesorang.. Betullah kata orang, kawan yang baik akan membimbing kita ke jalan yang baik, begitu jugalah sebaliknya. Sebaiknya kita berusaha untuk menjadi seorang yang baik iaitu tunduk dan patuh dengan perintah Allah.. Ikhappy bukanlah seorang yang warak, namun Ikhappy cuba menyampaikan sesuatu agar kita semua dapat menjadi ummat yang bersatu padu dan berjaya di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin.

“Persahabatan sulit dijelaskan dan tidak pernah dipelajari di sekolah. Namun, jika seseorang tidak berusaha mempelajari makna persahabatan, dia tidak dapat mempelajari apa-apa”
“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

Ikhappy rasa sampai kat sini dulu post kali ini. Semoga bertemu di lain post.. Sekian.. Terima Kasih keran sudi membaca.. :D

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit