Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Syukur Alhamdulillah, Kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah yang penuh cabaran dan rintangan ini.. Alhamdulillah..

Hari ini Jumaat 8Februari2013, Ikhappy berkesempatan dengan izin illahi untuk ke sekolah Ikhappy dulu iaitu SMK Paloh Hinai, Pekan, Pahang.. (*Bangga dengan sekolah sendiri.. hihi..) Tak sangka sudah banyak perubahan di sekolah ini..

Ikhappy berkesempatan bersua dengan Guru Kimia, Guru Fizik, Ustazah serta beberapa guru lain semasa di tingkatan 4 dan 5 dahulu.. Mereka masih sama dengan gaya penampilan serta tingkah laku mereka.. Gembira sangat kerana dapat berjumpa dengan mereka.. Pelbagai kisah, ragam dan pengalaman kami berkongsi bersama.. Ikhappy rasa akrab sangat hubungan antara kami seolah-olah seperti adik beradik dalam keluarga..  Alhamdulillah, Ikhappy berharap hubungan yang terjalin ini akan kekal ke akhir hayat.. Amin..

Sepanjang kami bersua, Beberapa Pesanan Guru yang Ikhappy rasa senagt berguna buat Ikhapy antaranya:

 " Kalau Awak Nak Jadi Ahli Politik, Tolonglah Benarkan Apa Yang Benar dan Salahkan Apa Yang Salah, Tak Kiralah Kamu Dalam Parti Kerajaan atau Pembangkang ".

" Ikhwan, Kalau kamu masuk bertanding dan menang, saya akan sokong kamu"

" Bagus niat kamu tu nak ambil Sains Politik, boleh jadi Ahli Politik or PTD"

Buat pengetahuan semua, Ikhappy bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik yang menengakkan kebenaran.. Sebab itu, guru-guru semua ada yang berkata demikian... Gembira sangat sebab mereka semua memberikan motivasi kepada Ikhappy untuk berusaha ke arah itu.. Semoga cita-cita Ikhappy tercapai.. Amin..

Sebelum mengakhiri post kali ini, Ikhappy ingin membuat 'Special Thanks' to:
Miss Noorsyam - Guru Kimia merangkap Guru Kelas semasaTingkatan 5
En Suhaimi - Guru Fizik
Cik Rahaya - Guru P. Islam
Dan semua Guru yang berkongi kisah dan pengalaman dalam Bilik Guru SMK Paloh Hinai tadi..

Sekian sahaja post kali ini... Terima kasih kerana sudi membaca,.. Maaf atas kesalahan, semoga Allah tunjuk kita yang yang benar.. Amin

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit