Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
C.I.N.T.A..

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta …

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Bagi Ikhappy, Cinta itu teramat indah. Manusia sememangnya memerlukan Cinta dalam Kehidupan. Cinta kepada manusia biasanya hanyalah bersifat mengejar hawa nafsu. Tapi CINTA kepada ALLAH, akan membawa manusia ke Syurga. Itulah Cinta..

Cinta itu sangat aneh. Tak dapat dipegang, tak dapat dilihat, tapi hanya dapat dirasa dengan menggunakan hati. Cinta itu adalah Anugerah dari Illahi kepada manusia.

Akhir kata, Ikhappy mahu kita sama-sama berfikir apakah itu CINTA... Mungkinkah ia hanya sandiwara atau pun sebuah Anugerah Terindah..

Hargailah Cinta kerana ia mampu mendidik kita ke arah yang kebaikan....

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca :)

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit