Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Topik 
bE yOUR selF
Kadang-kadang kita rasa diri kita ini tak secantik artis Bollywood, tidak secomel artis K-PoP, tidak sekacak artis Hollywood, tidak sebaik para ulamak, dan tidak sehebat Rasullullah. Tapi sedarkah kita yang kita semua ini adalah hamba kepada ALLAH S.W.T..

Sebagai hamba ALLAH kita sepatutnya tunduk dan patuh akan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. Ikhappy bukanlah seorang yang alim tetapi Ikhappy adalah seorang insan yang hina dan tidak sempurna... Tapi adakah kita sedar akan dakwah itu boleh disampaikan pada bila-bila masa dan tak kira tempat.. Jangan menghina akan kebaikan walaupun dengan senyuman... Takkan kita mahu menjadi alim baru mahu berdakwah..
 Ayuh Kita merenung bersama...

Firman ALLAH S.W.T

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
"Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kami"
(Adz-Zariyat:56)

Perintah untuk beribadah itu tertakluk kepada seluruh manusia dan kepada semua golongan serta keadaan.Setiap manusia wajib melaksanakan segala tuntutan sebagai hamba Allah S.W.T semampunya dan menurut petunjuk yang sahih iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Ingatlah Islam tidak membebankan manusia sebaliknya bahkan memudahkan dan menyenangkan manusia di samping tidak sampai membiarkan manusia itu mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhannya. Setiap taklifan atau tuntutan dari Islam itu ditentukan menurut kadar kemampuan yang sesuai manusia itu sendiri.

Jadi Ikhappy berasa sangat sesuailah jika kita (Umat Islam) berjuang serta mengamalkan agama Islam dengan sebenar. Ayuh kita bersama-sama mengembalikan zaman Kegemilangan umat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. Ikhappy percaya kalau semua umat Islam bersama-sama mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, Ummat Islam akan dipandang mulia dan nescaya tiada lagi penindasan dan peperangan dalam kehidupan. 


Ayuh kita BERUBAH!!!! Sampaikan dakwah.. Nabi pernah bersabda 
"Sampaikan lah daripadaku walaupun sepotong ayat"

ALLAHUAKBAR!!! ALLAH MAHA BESAR..

Ikhappy akhiri post kali ini dengan doa....
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah aku memohon kepada-Mu 'afiat (keselamatan/dijauhkan dari malapetaka) di dunia dan di akhirat.Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu agar dimasukkan ke dalam 
Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka. Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada 
kami di dunia dan di akhirat, serta lindungilah Kami dari azab api neraka.
أمين 
Semoga kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat..

Sekian, Terima kasih kerana sudi membaca.. :)


About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit