Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Topik 

Sejuta Memori Terindah
Ikhappy masih terkenang dengan alam persekolahan yang Ikhappy lalui dahulu.. Suka, Duka, Ketawa, Menangis, semuanya dikongsi bersama-sama rakan... 


Betul lah kata orang, kita perlu hargai alam persekolahan itu... Alam itu sangatlah indah jika dibandingkan dengan  alam-alam yang lain.. Alam pengajian di IPT dan Alam pekerjaan takkan sama dengan Alam persekolahan kan?

Alam persekolahan itu sangat unik. Kita semua boleh belajar, bergurau senda, berkawan, dan mengenali erti kehidupan dalam satu masa. Persahabatan yang terjalin di alam persekolahan tak sama dengan persahabatan di alam pekerjaan. Begitu juga sebaliknya. Alam persekolahan juga mengajar kita erti menghargai.. 



Dalam alam ini pelbagai cabaran dan halangan yang perlu kita hadapi. Sebagai contoh perasaan cinta.. Huhu.. Perasaan ini lah boleh menyebababkan kita lupa akan diri kita yang sebenar. Itulah Cinta. Kata orang "Cinta itu buta".. Kalau ikut kata orang itu apakah orang bercinta itu lebih buta dari cinta??? Kisah Cinta di alam persekolahan dipanggil "CINTA MONYET".. Kenapa "Cinta Monyet"??? Kenapa tak "CINTA LEMBU" atau "CINTA AYAM" .. Ikhappy tahu sebab apa Cinta di alam ini dipanggil "CINTA MONYET", sebab monyet biasanya akan berpaut lebih dari 1 dahan pokok dan belum tentu monyet itu akan kekal disitu. Jadi istilah "CINTA MONYET" wujud sebab tak mungkin Cinta itu kekal, dan tak mungkin cinta itu akan membuat kita bahagia.

Di alam persekolahan juga, kita diajar untuk mengakui kesalahan kita sendiri... Bohong kalau tiada diantara kita yang tak pernah buat salah dalam alam persekolahan mereka.. Setakat diDENDA oleh cikgu itu dah jadi rutin seorang pelajar dah kan.. Betul arh... Dalam agama pun ada peraturan, yang salah mesti dihukum.. Sama juga peraturan di alam persekolahan, yang salah mesti dihukum.. Itulah menariknya alam persekolahan, awal-awal lagi kita dah diberi pendedahan tentang hukum alam...


Ikhappy rindukan alam persekolahan. Kalau lah Ikhappy boleh undurkan masa, Ikhappy nak undurkan masa Ikhappy masa di alam persekolahan.. Saat itu terlalu indah.. Sejuta Memori Terindah tersimpan di alam tersebut. 


Buat kawan-kawan di Science Class Poland, Ikhappy nak bagithu korang yang Ikhappy rindu kat korang semua. Ikhappy sayang sangat kat korang semua.. Koranglah kawan Ikhappy yang paling baik, dan mungkin Ikhappy tak jumpa kawan sebaik korang... I love you my frenz... Muuuaahhhh..


Sekian..
Terima Kasih kerana sudi Membaca.. :)

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit