Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah, Kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah yang penuh cabaran dan rintangan ini.. Alhamdulillah..
Hari ini 12/2/2013, Ikhappy kembali pulang ke KMPh tercinta.. Maka bersambung pula lah kisah di KMPh yang penuh cabaran dan dugaan ini... Kisah di KMPh hanya akan bersambung dalam masa 9 minggu lagi sebelum Ikhappy menamatkan perjalanan kisah di sini.. Alhamdulillah cuti mid sem 2 ini, telah tamat..
Cuti yang Ikhappy telah lalui ini banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar. Owh ya, Ikhappy ingin mengucapkan tahniah buat 2 sepupu Ikhappy yang telah selamat bertunang baru-baru ini. Semoga kalian bersedia untuk menjalani kehidupan rumahtangga berlandaskan Islam. Hihi.. Cakap tentang tunang, mesti semua tertanya-tanya, Ikhappy bila pulak.. Huhu.. Jawapannya, kita tunggu dan lihat sahaja satu hari nanti, Insyaallah..
Buat Mak dan Abah, Terima Kasih atas segalanya. Terima kasih melayan anakanda ini dengan baik dan penuh kasih sayang. Thank for everthing..
Sampai ini dulu post kali ini.. Maaf atas segala salah dan silap. Semoga berjumpa di lain post, Insyaallah..
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.





