Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Syukur Alhamdulillah, Kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah yang penuh cabaran dan rintangan ini.. Alhamdulillah..

Hari ini, saya cuba bawa topik yang agak sensasi lagi panas, iaitu KAHWIN MUDA atau KAHWIN SEMASA BELAJAR.

    Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

     Berdasarkan hadis tersebut, apa yang saya faham, kepada anak-anak muda yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin, mereka hendaklah berkahwin bagi menjaga pandangan dan kemaluan mereka.
    “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat. Jadi, apakah pandangan anda?? Saya tak mampu untuk menilai. Bagi saya, kahwin awal tuh lebih baik kepada remaja yang telah mempunyai pasangan. Perkahwinan dapat mengelakkan mereka daripada terus melakukan maksiat. Perkahwinan mampu menjaga pandanga, kemaluan di samping menjaga nama baik keluarga.

Namun , kebiasaannya ibu bapa tidak merestui anak-anak mereka untuk berkahwin ketika belajar. Mereka memirkan nafkah dan halangan yang lebih besar berbanding dengan risiko maksiat dan peluang untuk anak-anak mereka melakukan maksiat. Ini cuma pandangan seorang  penulis muda yang lemah. 

Semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri.Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak.Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.

sebelum akhiri post kali ini: 

    Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
    Sampai ini dulu post kali ini.. Maaf atas segala salah dan silap.  Ini semua adalah pandangan daripada seorang penulis muda yang lemah. Mohon bantu dan tegur jika salah.. Semoga berjumpa di lain post, Insyaallah..

    Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

About this blog

Welcome......
Thanks for invite my blog.......
">

Selamat Datang ke ikhwanredzuan.blogspot.com. Terima Kasih kerana Anda sudi singgah ke blog ini. Blog ini bukan lah luahan hati penulis, tetapi ia hanya sebuah nurkilan seorang insan

Pengikut Setia

Kotak Menjerit